BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

:::..pembuka bicaraku...:::


I made this widget at MyFlashFetish.com.

:::...peminat-peminatku...:::

Tuesday, June 22, 2010

:::..hakikat tauhid...:::


Bismillahirrahmanirrahim…. alhamdulillah.. petang ne dapat lagi ana diberi kesempatan oleh allah untuk beribadah kepadaNya…. semalam ne sebelum ana menyiapkan post terbaru sal maahad tu.. ana pergi ke rumah sahabat ana BAYT MAQLI sebab nak tengok satu cerita…. Cerita orang putih la.. tajuknya “PERCY JACKSON” ..dalam ceta tu menceritakan tentang tuhan-tuhan greek….. hahaha… ana sikit pon x rasa takjub sal ceta tu…. Bahkan ana melihat keadaan manusia hari ini semakin jahil… semakin x kenal siapa tuhan mereka…. Kadang2 tu ana rasa kesian pulak degan I’tiqod mereka mengenai akidah nee… ceta 2 memang sesat laa dan sangat pelik….jadi ana memutuskan post kali ne tuk menceritakan tentang tauhid yang sebenar… fuh… bagi ana tajuk2 tauhid ne bukan bole nak main2…post kali ne ana Cuma nak tunjukkan aqidah yang sebenar jaaa….ana x nak bawak perkara khilafiyyah yang berlaku dalam bab aqidah sesama mazhab aqidah..contoh perbezaan pendapat di kalangan syiah..ahlul sunnah wal jamaah.. muktazilah… dan sebagainya… apa yang ana nak bawak dalam penulisan kali ini… ialah kesesatan yang melampau oleh ummat hari ini tentang tauhid yang sebenar-benarnya….dan bagi menampakkan lagi mata antum untuk membaca post kali ini..ana akan menghuraikan hujah-hujah satu persatu bagi melawan hujah2 musyrikin… nsya allah ana akan menjawab sebaik mungkin atas ilmu ana yang cetek ne…ana mohon maaf siap2 ne kalau sapa2 x faham… x faham Tanya mursyid masing2 ok??

Baik..ana mulakan ya…sepertimana yang kita tahu allah adalah tuhan yang sebenar… tiada tuhan yang disembah melainkanNya… Ini bermakna allah bersifat الوحدانية …iatu ESA…faham x apa itu makna ESA..iaitu Allah ja tuhan sekalian alam..xdak dah tuhan selain dari allah..mudah ceta xdak la tuhan KRISHNAN…HADES..ZEUS…hatta NABI ISA AL-MASIH bukanlah seorang tuhan.. bahkan baginda adalah rasul utusan Allah.. manusia seperti kita….

Firman Allah Ta'ala ( al-Syura 42:11):Maksudnya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat....

Berdasarkan apa yang ana belajar dengan DOKTOR ALI FAWWAZ antara pensyarah di universiti ana .. esanya allah ne atas 5 perkara.... antum tahu x apa 5 perkara esanya allah taala??

1) esanya allah taala dalam penciptaan.. maksudnya setiap apa yang ada di tujuh petala langit tujuh petala bumi..semua ini adalah ciptaan allah..xdak sapa2 ataupon mana2 kuasa lain yang bersama2 allah dalam menciptakan alam ini..dalilnya...firman allah dalam surah az-zumir ayat 62..(الله خالق كل شيئ) yang bermaksud..:: “ allah adalah pencipta seluruh kejadian...” Baik...bagi kebanyakan agama , ana ambil contoh agama yang dianuti oleh masyrakat greek..mereka ini mempunya banyak sangat tuhan...ada ZEUS..HADES tuhan neraka..POISEION..macam2 lagi laaa....apa yang akan terjadi bila mana tuhan berbilang2..? maksudnya ada tuhan yang banyak...ana bawakan satu cerita yang bagi ana kita boleh nampak kesan2 nya bila tuhan ne banyak... satu hari kuasa panah petir zeus telah hilang..... Bila jadi camtu.. zeus mengatakan anak poiseon yang curi....last2 kedua-dua tuhan ne akan adakan peperangan..allah....... nampak tuhan mereka ne lemah... kuasa sendiri boleh hilang... boleh dicuri pulak tu... Tapi apa yang ana nak bawak di sini ialah bila mana tuhan banyak.. kehendak pon banyak... jadi bila semua tuhan x sependapat..maka akan ada pergaduhan.. bila ada pergaduhan... salah seorang atau dua akan kalah.... kalau tuhan itu kalah.. maka tuhan itu lemah.. kan??? Tapi sebaliknya ALLAH tuhan yang sebenarnya adalah mustahil baginNya mempunyai segala sifat2 kekurangan...contohnya lemah....jadi..ALLAH ADALAH TUHAN YANG MENCIPTAKAN ALAM INI..ADA 1 JA TUHAN SELURUH MAKHLUK..


2) Esanya allah taala ne dalam pemilikan..maksudnya yang mudah..seluruh kejadian yang ada ne merupakan hak penuh milk allah sahaja… nak lagi faham Allah adalah pemilik tunggal kepada seluruh alam ini… haaa… antum faham x??apa dalilnya??firman Allah taala dalam ( surah al-furqan ;2 ) ولم يكن له شريك في الملك yang bermaksud..:: “dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya..” saya bawakan dalil akal mengenai esanya allah taala dalam pemilikan.. andailah setiap pada penciptaan ini mempunya banyak pemilik yakni tuhan… contohnya tuhan langit lain.. tuhan bumi lain… tuhan api lain…. Di sini jelas menunjukkan bahawasanya tuhan api tidak boleh memiliki langit..tuhan langit x boleh memiliki bumi…haa.. jadi lemah lah tuhan kalau x boleh memiliki apa yang dia nak..kan??? jadi.. dalil ini dah cukup membuktikan allah lah yang paling layak disembah atas sifat esaNya yang agung… Maka, di sini ana simpulkan bahawa “ TIADA PENCIPTA SELAIN DARI ALLAH.. TIADA PEMBERI REZEKI SELAIN ALLAH… TIADA PENTADBIR ALAM INI SELAIN ALLAH YANG SATU… DAN…. TIADA PEMILIK CIPTAAN ALAM INI SELAIN ALLAH…..:)


3) Esanya allah taala ne dalam pensyariatan..hukum-hukum dan suruhan larangan..apa maksudnya ya???ini bermakna kita wajib menolak segala bentuk kepatuhan untuk setiap hukum selain dari hukum allah..hahaha..faham x ne??ana terjemah sebijik2 dalam kitab ana..maksudnya.. kita x ikut suruhan agama lain..hahaha..faham x??kita jugak menolak apa saja suruhan dan larangan selain dr suruhan dan larangan allah taala..dan menolak setiap kefahaman atau pemikiran mana2 aliran yang allah x mengizinkan kita ne nak ikut…apa jadi kalau kita ikut???satgi ana akan terangkan dalam kesimpulan..nsya allah..apa pulak dalil nas berdasrkn esanya allah taala dalam pensyariatan ini??taw x??baik.. firman allah dalam (surah yusuf ; 40 ) ان الحكم الا لله أمر ألا تعبدوا الا اياه….yang membawa maksud..: kepatuhan itu hanya milik allah…Dia telah memerintahkan kamu agar tidak menyembah selain Dia…kalau orang Tanya kita..kalau sembah allah tapi x ikut syariaat allah..boleh x??antum nak jawab pa??ne dalil akli yang ana bole berikan..ana amik contoh mudah…kita bekerja di bawah satu syarikat..syarikat 2 menggaji kita…tapi,bila kita buat kerja..kita buat kerja tuk syarikat yang lain…walhal kita bukan dok syrikat tu pon…sebenarnya bole x wat camtu??xbole la kan..dah ada boss sendri..ikutla apa yang dia kata..xpayah la ikut yang bukan boss kita..dia bukan bagi gaji kat kita??faham x??ka ana salah bawak contoh???hahaha…antum pkiaq sendiri la…


4)seterusnya dalam kitab yang ana mengaji ne.. esanya allah taala dalam ibadah… maksudnya..hanya allah taala yang berhak tuk kita mengabdikan diri kepadaNya..dengan kata lain, puasa kita..solat kita..haji kita..semua ibdah hanyalah untuk allah.. bukan beribadah kerana sebab lain…haaa..yang ne yang jadi sebab kadang2 orang terlepas pandang dan terlepas cakap dan juga terlepas niat…hahaha..berapa banyak dan…contoh..ada setengah orang puasa sebab nak diet ataupon duit xdak..ada orang solat sebab nak exersice ataupon senaman… bahaya ne kalau kita berniat atas ada sebab2 yang lain..ataupon kita kita mengiringi niat asal kita dengan niat yang lain..ana amik contoh dia posa niat memang nak beribadat kepda allah..tapi dalam masa yang sama dia berpuasa kerana duit x dak..bahaya syeikh niat camne..ana ambil dalil dari nas firman allah taala dalam surah (al-nisa’ ; 36 ) واعبدوا الله ولا تشركوا به شيأ …yang membawa maksud..sembahlah allah janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pon….
Maka..ayat ne terang2 menyuruh kita hanya beribadat kepada allah…andai kita syirik yakni menyukutukan allah..atau bahasa saintifiknya sembah selain allah..maka itu adalah syirik besar..nauzubillah….


5)yang terakhirnya..esanya allah taala dari segi nama2Nya..sifat2Nya..dan perbuatan2Nya…ada pon allah taala ini mempunyai sifat wujud..kekuatan..kehendak…manusia pon ada sifat2 yang macam tu..kita ada kekuatan..tapi kekuatan kita x sama dengan kekuatan allah…kita ada kehendak..tapi kehendak kita x sama dengan allah..begitu jugak dengan yang lain…. Walaupon dari segi pengetahuan kita kebanyakkan dari sifat2 allah ne ada yang sama dengan sifat2 manusia..namun perbezaan antara sifat2 kita dengan allah amatlah berbeza…termaksuklah dari segi nama2 allah..dan juga perbuatanNya…antum faham x??firman allah taala dalam
( surah as-syura ; 11 ) ليس كمثله شيء وهو السميع البصير ….yang bermaksud..tiada satu pon yang serupa dengan Dia dan Dialah yang maha mendengar lagi maha melihat..andai allah mempunyai sifat yang sama dengan makhluk..maka lemahlah lah allah..ana ambil contoh..allah x tidor..kalau allah berhajat pada tidor maka lemahlah allah..haa..faham x??ini bermakna mustahil bagi allah mempunyai sifat yang sama dengan makhluk lain…tapi ana tengok ceta sal Hercules..dia ne adalah anak tuhan..anak tuhan nama dia DEMIGOD..haha..camtu pulak..contohnya zeus kawen dengan manusia dapat anak..2 la DEMIGOD…maknanya tuhan depa ne sama la gan manusia..manusia ne penuh dengan sifat kekurangan..maka..tuhan depa ne pon pnuh dengan sifat kekurangan..mcam2 la syaitan nak menyestkn mnusia….




(takut pulak ana tengok..)





(kesesatan manusia yang semakin menjadi-jadi)


Alhamdulillah selesai suma esa nya allah taala dalam 5 hal..apa akan jadi kalau kita mengtakan allah ne berbilang2??kita tidak beriman dengan esanya allah…andai ini berlaku..maka kita telah syirik besar kepada allah taala…sesungguh syirik adalah dosa yang x boleh diampunkan melainkan dengan taubat nasuha..nsya allah..andai ada kesempatan ana akan menghuraikn tajuk syirik…bab aqidah bagi ana lebih berat dari bab fiqh..sebabnya ini soal I’tiqod kita..pegangan kita…ana x berani nak bincang bab2 khilaf ne..bincang yang ulama’ dah sepakat pon ana masih takut..sebab ana takut ana salah beri maklumat dan antum x faham…bahaya2…ana banyak kali join room yahoo tu..ana join yang kategori agama…ana sebenarnya ym dengan orang islam yang x kukuh lagi pegangannya..ada sorang tu id ym dia nama ahmadchrist..huhu..ana Tanya dia dia agama apa..dia kata islam tapi meragui islam…allah..luruh jantung ana baca msg dia tu..ana cba mendekati dia dalam ym tula..tapi dia x boleh terima…sebenarnya nelah masalah yang besar..yang meruncing ummat islam hari ne…sapa lagi kalau nak perbetul masalah2 ne kalau bukan kita..jadi… ana menyeru kpada sahabat2.. jagalah aqidah kita…..nsya allah selamat dunia akhirat…maafkan ana andai dalam post kali ini antum krang memahami isinya…ana hanya insan yang lemah..terima kaseh atas kesudian antum meluangkan masa membaca post ini..yang baik itu dari allah..yang buruk dari ana..hakikatnya kedua-dua dari allah..allah warasuluhu a’alam...

2 comments:

Hamba Ilahi said...

Allah Esa.

tapi bukannya satu.

kan?

=)

mscotrue said...

Assalamualaikum,semoga saudara dalam rahmat keampunanNya.Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam agama” (Hadis riwayat Ahmad).Semoga cita-cita murni dalam membentuk & membimbing masyarakat akan terlaksana dengan niat yang ikhlas.Dakwah dan hikmah adalah saling berkaitan kerana manusia dilahirkan dengan keegoan.saudara tidak sepatutnya mentertawa dan mempersenda agama lain atas kejahilan mereka,sedikit sebanyak akan mengurangkan minat dan perhatian mereka terhadap agama ALLAH.Saudara perlu menbuat jangkaan awal bahawa blog saudara juga akan dibaca oleh orang bukan islam.Semoga terus maju dalam keampunanNya.