BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

:::..pembuka bicaraku...:::


I made this widget at MyFlashFetish.com.

:::...peminat-peminatku...:::

Sunday, June 20, 2010

:::..kamen rider decade...:::


Bismillahirrahmanirrahim…..alhamdulillah….pada petang yang cerah ne..rasa cam nak menulis pulak..ana x nak tangguh-tangguh dah..ana akan menceritakan apa I’brah yang ana dapat semasa ana tengok cerita KAMEN RIDER DECADE…hahah..pelik dan ajaib camna la ada I’brah dalam cerita KAMEN RIDER ne..kan??haha..ana akan menceritakan siapa DECADE ne..apa I’brah cerita ne satu persatu dengan mengaitkan keadaan ummat islam masa kini…antum cam rasa x sabar2 x??hahah..ka ana yang syok sendiri…??
Baik..ana mulakan..KAMEN RIDER DECADE dia ne adalah kamen rider yang dikatakan pemusnah kepada 9 dunia kamen rider yang lain..sebenarnya dia ne seorang yang hilang ingatan..dia x taw mana asal usul dia…dia ne seorang jurugambar..dan setiap kali dia tangkap gambar,gambar 2 x kan jadi elok..cam kabur2..kenapa jadi cam tu???dia mengandaikan dunia yang dia diami ne x boleh mnerima kehadiran dia..dgn erti kata lain..dia bukan orang dunia tu….

Hahah..cam interesting x??ana ringkaskan ya??satu hari..dia memasuki dunia KAMEN RIDER KUGA…ceta ne yang best sebabnya dia himpunkan semua kamen rider yang ada…ok2..balik pada cerita..sebelum KUGA ne dapat tali pinggang rider,dari seseorang yang pelik..orang tu kata kat KUGA…”musuh sebenar kamu ialah decade..bunuhlah dia..kerana dia akan menghancurkan dunia kamu..”..jadi KUGA ne pon mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan oleh laki pelik tu….hahaha..sapa dah nampak pengajaran dia??xpa2..ana ceta dlu…kan tadi DECADE dah memasuki dunia KUGA..jadi dipendekkan cerita kedua-dua KAMEN RIDER ne berjmpa…jadi DECADE ne pon beritahulah siapa dia…bila mana KUGA dengar nama DECADE tu..KUGA terus menyerang DECADE…DECADE yang x tahu apa2 mempertahankan diri dia….baiklah ana rangkumkan suma cerita ne sekaligus ya..sebab plot cerita setiap episode hampir sama…

Setiap kali DECADE ke dunia KAMEN RIDER yang lain..mereka akan menentang DECADE..kerana mereka juga diberitahu bahawa DECADE adalah pemusnah kepada dunia KAMEN RIDER..kesian DECADE..x pasal2 difitnah..antum sedar x keadaan yang camnelah yang berlaku pada ummat islam hari ini…taw x??bila antum tengok ceta ne..antum akan menyaksikan pertarungan yang sengit sesama KAMEN RIDERS..musuh2 yang lain hanya memerhatikan perlawanan mereka..antum akan merasakan..laaa..apa la x cerdik sangat..sama2 sendiri pon gaduh…apa pon xdapat..musuh dok bertpuk tangan sambil menghuru-harakan dunia…inilah realiti dunia hari ini..kita sesama ummat islam bercakaran sesame kita…atas sebab apa ya??fahaman politk yang berbeza..ada puak PAS..puak UMNO…puak KEADILAN…dalam tu pulak ada macam-macam jemaah islam..HALUAN..ABIM…ISMA..ABABIL..GAMIS…PRO-MAHASISWA..PRO-ASPIRASI…TERAS…PEKIDA..PERKASA…fuhh..x tertulis la cetanya..banyak sangat…ana tidak menafikan dikalangan parti2 dan jemaah ini ada yang berjuang atas kepentingan peribadi..dan ada yang betul2 ikhlas berjuang kerana allah….manakala dalam puak mazhab2 ne pulak..ada syafiiah..malikiah..hanafiah..hambaliah..wahhabiah..2 bru msalah di sudut fiqh..xlagi di sudut akidah..ada muktazilah..syiah..ahbasy..mcam2..sekarang ne yang paling hangat isu salafiyyah….ana x nak cakap banyak2..bagi ana cukuplah kita berpegang dengan pendrian al quraan dan sunnah..msing2 ada dalil…x perlu nk bercakaran antara sesama sendiri…tp realiti sekarang suma puak2 ne jadi macam cerita KAMEN RIDER la…bertengkar sesama kita..walhal kita ne 1 agama…masing2 nak mempertahankan islam..
Siang malam berdebat siapa betul siapa salah…allahurabbi…apa nak jadi dengan kita…kita mudah sangat nak berdebat….imam assyahid hassan al banna ada mengatakan..”janganlah kamu berdebat walapon dalam hal yang baik..”

Itu satu hal la sesama kita bercakaran..hal yang satu lagi kita ne yang dok bertengkar sesama kita sebab mdah sangat percya dengan fitnah….cba tengok ceta kuga 2..punya la x cerdik pi taqlid buta..percya ja..ikut ja apa yang laki 2 cakap..kata yang DECADE adalah musuh yang sebenar..kita adalah ummat yang paling mulia di sisi allah..kenapa kita perlu termakan dengan fitnah sehinggakan akhirnya memudhratkn kita sendiri….kita lebih mempercayai kata-kata orang bukan seagama dengan kita…hahaha..ana x nafikan..sama2 islam pon menipu kuat..sampai dikalangan kita ne x percaya dah dengan orang islam..tengok apa yang berlaku pada dunia politik sudahla..stiap kali menjelang pilihan raya..manifesto menjadi kata manis yang sangt indah..tapi bila menang..apa pon x dak…ana bukakan mata antum dan ana sekali lagi supaya lebih memahami penulisan ana ne…ana menceritakan skop yang kecik dlu..pelik la kalau kita ne tahu apa dasar PAS tapi x sokong PAS…tapi dalam PAS ne pon bnyak jemaah islam yang lain yang kadang2 berbeza pendapat contohnya JIM..mungkin apa yang ana tulis ne akan menimbulkan rasa x senang dikalangan para pembaca…tapi ana nak buat camna..mungkin pendapat ana salah..kalu salah beritahulah ana..baik..balik pada tajuk..bila mana dalam PAS pon yang mana kita kata adalah satu jemaah islamiyyah yang ada pelbagai jemaah dalamnya bercakaran sampai kadang2 memberi mudharat kepadanya untuk mencapai hadaf yang utama..kan rugi tu….kita tengok UMNO pulak..satu parti yang sekular..walhal kebanyakan di kalangan mereka adalah penganut agama islam…nampak macam pelik x??orang islam lawan orang islam…??hahah..ne lah yang menjadi masalahnya bila mana ummat islam x menghayati erti islam yang sebenarnya..bila x faham..yang jahil lawan yang alim..haa…nampk x??jadi mcam mna x maw bagi gadoh sama2 kita??kna taw la islam yang sebenarnya..bagi alim dulu..hahaha..di sini nmpak x ana sokong sapa??:)

Bab perbezaan mazhab pulak..allah..ana dok kat Jordan ne x larat dah nak dengar khilaf2 ne….allah…ne..antum sedar x???sekarang ne apa masalah kita???PALESTIN…kehidupan ummat islam hari ne….sapa yang nk perbetul suma ne???kalaw kita yang mengaji agama ne mengaulakan masalah khilafiyyah nee..allah satu kerugian yang besar syeikh…ana bkan kata x bole berbncang sal khilaf2 ne…tp jganla sampai kita terlepas pandang dengan isu yang paling besar…kadang2 hti kecil ana ne kata baik x payah mengaji ilmu agama dalam2..kalau asyik nak mempertahankn hujjah masing2…dah lari niat tu syeikh…ana ne walaopn x la pandai mana..xla thiqoh..x baik…tapi..ana mengharapkan satu gagasan terutamanya dikalangan pemuda islam…KITA BANGUN..KITA BERSATU..KITA MARA kehadapan dalam mendepani ssuatu isu…abaikan semua perbezaan pendapt kita…kita bernaung atas satu agama yang suci sejak azali lagi….

Baik…ana nak ceta sal satu dunia kamen rider ne iaitu dunia kamen rider BLADE..kamen rider ne bagi ana adalah kamen rider yang paling terok….allah….tahu x kenapa ana kata camtu???kamen rider nee bekerja bawah satu syarikat…mereka ne dapat gaji..kalaw reputasi depa ne elok..ranking depa akan menaik..dan gaji pon akan menaik…hahahaha…nampak pelik x???orang yang menegakkan kebenaran dan keadilan akan diberi duit..kalaw xdapat duit kerja2 kebajikan ne xkan berjalan…ermmm..ana perati lama dah apa yang berlaku pada dunia hari ne..”NO MONEY NO TALK..”ne lah prnsip orang zaman sekrang guna…terutamanya dalam bidang politik…ana terus terang…semenjak penubuhan PAS sampailah sekarang mereka ne sntiasa menegakkan keadilan walaupon tiada duit..kita memerlukan insan2 yang berjuang bukan kerana duit dan pangkat…payah kan nak cari dalam dunia akhir zaman..kalaw antum tgk ceta ne dlm episode dunia BLADES..antum akn kata..buruk gila perangai..hahaha…ne lah realti yang berlaku di dunia hari ne…kenapa berlaku hal camne??suma ne sebab masalah HATI…nampak dunia didpan..membiarkn dunia menggenggamnya bkan dia yang menggenggam dunia….allah..ingatlah wahai semua pejuang agama..sebenarnya nelah musuh utama kita…tajdidkn niat setiap kali kita bergerak tuk berjuang..setelkan musuh dalamn kita dulu..nsya allah..allah akan memudahkan urusan kerja kita…




(kamen riders..xpasal2 ada istifadah sal ceta dia..huhu..)



Dalam cerita KAMEN RIDER DECADE THE MOVIE….kesemua kamen2 rider ne bersatu melawan orang jahat yang hidup dari zaman dlu lagi….apakah hal yang sama ne x bole berlaku pada ummat islam???kita semua ne x boleh bersatukah??kita akan bersatu..percayalah….di saat itu..HAK vs BATIL…kemenangan milik kita…sahabat2..carilah titik persamaan antara kita………………..jangan mudah percaya dengan fitnah dan tomahan selagi tidak ada bukti depan mata……..kita adalah mata rantai kepada perjuangan rasulullah……kitalah ummat terakhir…bangunlah..sedarlah dari dibuai mimpi indah…ana amat yakin dan harapan ana yang besar bahawasanya..kita dapat bersatu menentang yang batil sebelum turunnya isa al-masih dan imam mahdi….persoalan ana tnggalkn di sini..mampukah kita bersatu??mustahil ke x kita bersatu..??antum ble membri jawapan dlam komen yang disediakan….ana x pasti lah..apa yang ana tulis ne antum faham atau x…maaf atas salah silap ana..ana hamba yang hina x lari dari melakukan kesilapan…maafkan ana kalaw tajuk ne mengecawakan antum….sama2lah kita bermuhasabah…ingat..HIDUP MATI KITA UNTUK ISLAM..oleh itu janganlah berpecah atas sebab2 masalah remeh temeh..kita x dak masa dah…dunia makin hari makin tua2..islam semakin hari semakin dipijak….maruah islam digadai…ana x sanggup melihat suma ne berlaku di depan generasi akan datang…sama2lah kita mempertahankan ISLAM…allah warasuluhu a’lam…

0 comments: