BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

:::..pembuka bicaraku...:::


I made this widget at MyFlashFetish.com.

:::...peminat-peminatku...:::

Friday, June 25, 2010

:::..pengalamanku bersama manusia...:::


Bismillahirrahmanirrahim…..alhamdulillah..jari ana ini masih lagi mampu menari-nari di atas keyboard ini.. allah memberi ana peluang tuk ana terus beribadah kepadaNya..agak lama ana menyepi tuk menulis….sepanjng tempoh ana menyepi dalam pnulisan blog ne banyak perkara yang berlaku ke atas diri ana…Allah sentiasa menguji ana bertalu-talu..malam ne saja 4 jenis musibah yang berbeza-beza allah uji ana….Baik..sempena hari musibah yang berlaku ini ana terfikir untuk menulis satu tajuk “pertemuanku bersama manusia”…sepanjang tempoh ana bernafas di muka bumi ini ana selalu berjumpa dengan macam2 manusia..ana ada ramai sangat jenis kawan-kawan yang mana satu tahap ne dia boleh berjalan di atas air atas amalannya yang soleh…dan…ana juga ada seorng kawan rapat yang merupakan perompak bank..antum percaya x?? tapi alhamdulillah..sekarang ne dia dah berubah..jadi pak guard..semua ne hidayah yang allah taala campakkan..dan diberi taufiq untuk mengerjakan apa yg dihidayahkan kepada mereka yang dipilih oleh allah..antum taw apa itu hidayah dan taufiq??hidayah adalah petunjuk yang allah taala berikn kepada orang2 yang dikehendakiNya..contoh hidayah tuk bersolat..Taufiq pulak adalah kekuatan yang dikurniakan oleh Allah tuk kita mengerjakan apa yang allah hidayahkan kepada kita..antum faham x??kalau ada hidayah..tapi taufiq x dak..x menjadi..contoh..dia taw solat tu tiang agama.. tetapi dia x dak kekuatan nak solat..bukan sebab uzur..tapi hati dia lemah…
Baik..ana berbalik kepada tajuk penulisan kali ini..ana akan mnyusun sedkit pengalaman ana sepanjang bertemu dengan manusia secara point2..haha..faham x??baik ana mulakan…

Pengalaman pertama:

ana pernah ke kem biro tatanegara(BTN) sebelum ana melanjutkan pelajaran di Jordan..ada seorang fasi tu semasa sesi taarof dia menceritakan sifat dia sendiri..dia kata saya ne seorang yang berterus terang..dia bg perumpamaan..kalau orang tanya saya mana telinga??dia pon tnjuk cara dia bgaimna nk jwab soklan itu..tangan kanan dia trus pegang telinga kanan dia…lepas itu dia kata lagi saya x suka orang jawab dengan cara..tangan kanan kita,kita nk pegang telinga kiri kena melalui jalan belakang kepala sampailah dapat pegang telinga kiri..antum fham x cara tu??maksudnya cara tu macam jawapan yang putar belit..bukan jenis yang bertrus trang..haaa…nampak x manusia yang macam ne??ana menilai sifat terus terang ne perlu letak pada keadaan..ana amik contoh mudah..andailah kita ne adalah guru dan kita ada seorang pelajar yang mana setiap kali kita ajar dia..sepatah pon dia x faham..kalau kita guna konsep terus terang kita mungkin akan kata..”kenapa bodoh sngt kamu ne??”haha..mungkin lbih truk..sifat terus terang ne keburukan dia cakap x berlapik..haha..payah..kita kena kena tengok keadaan..abeh tu waktu bila yang boleh ckap trus terang??sebelum tu maksud terus terang ana ne, cakap straight to the point sngt…haa..faham??
Baik ana bagi contoh bila mana waktu sesuai nak cakap terus terang..taw x bila??ketika pemimpin Negara ataupon mana2 pemimpin bersifat zalim…nabi bersabda mafhumnya “sebaik-baik jihad adalah berkata yang benar di depan pemerintah yang zalim @ jahil” bila berlaku keadaan mcam ne kita kena terus terang sebabnya bila terus terang nmpak mcm kita bersungguh2..atau pon mmg nmpak kita tengah marah..tapi secara peribadinya dari sudut psikologi ana lebih suka bercakap dengan orang bukan dalam keadaan straight to the point..sebabnya orang akan rasa selesa bila bercakap dengan kita..tu pendapat peribadi ana…ana x maw pningkan kepala antum,ana tegaskan sekali lagi maksud terus terang di sisi ana ne ialah straight to the point…




(seronok ka pergi BTN??haha..x best pon..tapi makan memang sedap..)


Pengalaman kedua:

Ketika ana di maahad dulu..ana pernah berjmpa dengan sorang junior ana ne..dia kata kat ana” abang iqbal walaupon ana ne jahat tapi ana masuk kelas tiap2 hari..cumanya p tidoq jala..tapi kan lagi bagus dari x masuk kelas langsung??”hahaha..hebat2..ana tersenyum bila dia cakap camtu kat ana…ada lagi badak2 jmpa ana meraka kata camne kat ana..” abang iqbal walaupon kami ne nampak jahat tapi kami ne baik..”hahaha..ayat ne lagi ana rasa kagum...bagi ana baik buruk manusia ne kita kena tengok dari banyak aspek..ada orang dia ne suka ponteng kelas tapi dia ne suka tolong orang tua..kalau antum la antum nak nilai dia ne baik ka x??haa..sebab tu ana kata kita bila nak menilai orang tengoklah dia dari sudut 360 darjah…bukan tengok dari satu sudut sahaja…ana penah jumpa seorang remaja ne di alor setar pemakaian dia cukup dahsyat bagi ana..dengan rambutnya..tiba2 azan zohor,dia lari2 pergi ke pusat dakwah kat alor setar sebab nak solat berjemaah..allah…ana tengok orang yang pakai sopan lengakap ne pon wat x kesah ja pasal solat jemaah ne..haa..sebab tu orang melayu kata..” jangan tengok orang sebelah mata”..
Tapi perlu diingatkan..kalau dia ne memang tnggal apa yang allah suruh buat apa yang allah larang..xperlu kita nak pndang dia dari semua sudut..ana penah ditanya seorang pelajar wanita sebaya dengan ana..dia tanya ana..saya ne x pakai tudung tapi saya rasa saya ne sopan lagi dari bdak2 pompuan lain yang pakai tudung..ana akui banyak ja wanita2 yang x pakai tudung ne lebih baik dari yang pakai tudung..tapi kena ingat..baik depa tu di sisi allah x sama dengan kebaikan orang yang sempurna tutup auratnya..satu lagi orang penah tanya..” ustaz,saya tengok orang bukan islam lebih baik akhlaknya dari orang islam..camna ne ustaz??” memang la ada orang bukan islam lebih baik akhlaknya dri akhlak orang islam..tapi..baiknya diorang ne allah x terima langsung..nampak x??jadi..kesimpulan kes ke-2 ne ana simpulkn dengan jgn nilai orang dari satu sudut sahaja....faham x??ka salah apa yang ana simpulkan ne??:)




(nilailah oranng sebaiknya..lagi baik janganlah menilai orang sangat..takut salah sangka..xpasal2 suk zon pulak..)



Pengalaman ketiga:


Dulu masa ana di maahad seringkali dijemput oleh sekolah-sekolah luar tuk jadi fasilitatator dalam kem la…x kira la kem apa pon..jadi setiap kali ana dan sahabat2 yang lain konduk program tu,budak2 ne..fokus sangat..mata tu kiranya dok tengok ana ja..sebab ana handsome ka??hahaha..tu satu sebab la..sebab satu lagi,bagi mereka itu adalah ilmu baru..mereka rasa seronok sangat..bila kami ajar,diorang praktik terus…untuk pengetahuan antum,mereka ne bukanlah pelajar-pelajar sekolah agama..tapi mereka ne ckup menghargai apa yang mereka dapat..berbeza pula dengan pelajar-pelajar agama..semakin belajar semakin banyak salah yang mereka buat..ana bercakap atas dasar umum sahaja..dan apa yang ana tulis ne adalah tuk diri ana jugak..kenapa kita x bole jadi macam pelajar-pelajar tadi tu??sebabnya kita ne kurang penghayatan dalam ilmu yang kita tntut…ilmu agama ne memerlukan penghayatan yang sangat mendalam
Bagi ana satu kerugian yang besar bila mana pelajar-pelajar agama tidak dapat menghayati ilmu-ilmu yang mereka pelajari..apa kesan bila mana kita x dapat menghayati ilmu yang kita ada????kesan ne sangat teruk..apa??kita payah nak terima nasihat orang lain atas kesalahan kita sendiri..tambah2 orang awam yang x mengaji agama menegur kita..haa..melentinglah kita..ego membuak2..dalil demi dalil keluar dari mulut semata-mata nak pertahankan diri sendri..haa…nampak kesan ne truk ka x??Allah…inilah ujian yang allah campakkan kepada orang2 yang mengaji ilmu agama..ana peringatkan diri ana terutamanya dan antum yang lain..ikhlskn niat belajar ilmu2 agama..agar mudah tuk kita menghayatinya…..




(gambarku bersama pejuang2 islam..ameen..)


Pengalaman keempat:

Baik..kes keempat ne bagi ana mungkin agak tertekan bagi sesiapa yang mnjadi kaunselor..xpon mgkin dah ckup tertekan siapa yang bersama dengan manusia yang jenis macam ne…ana penah jumpa banyak kali insan2 yang bersifat yang camne..sifat yang camna??bila bersembang..dialah yang paling betol..semua orang salah..yang itu x kena yang ini x kena…satu hari ana pergi ke kedai mamak nak beli roti canai..jumpa seorang pak long ne..dia tanya ana tentang masalah bida’h ne..ana malas layan sebab tajuk ne x dak faedah sngt..antum fhm x bida’ah yang camna??cntoh baca yassin hari khamis malam jumaat..haaa…bab2 ne mmg ana x layan..ok2..berbalik pada cerita dia bawk keluaq satu kronologi berlakunya bida’h..dhsyt dia sembng..pak long ne dia seorang arkitek..haa..tapi dia taw banyak sal ilmu2 agama ne..msa dia cerita tu ana tersedar ada sedikit salah fakta sal kronologi tu..ana pon tegur la dia..dia kata..”dak..pakcik taula..pakcik mengaji” dia cakap tu ana rasa gerun..dia macam nak mara ana..ana x bole la nk biaq dia dengan fakta yang salah takut dia cerita yang salah pulak kat orang lain…last2 ana tanya “pakcik belajaq mana sal kronologi ne??”dia kata “pakcik baca dalam buku ne lah..” pastu ana kata..cuba pakcik bukak lain..baca sekali lagi” tengok2 memang dia salah…tup-tup dia kata pakcik rasa penulis buku ne silap sebab pakcik ada terbca dalam buku lain jugak..buku ne silap..allah…
Ana x taw la nak kata apa gan pakcik tu..geram pon ada..tapi yala dah tua dari ana..hormat jala cerita dia..apa yang antum nmpk cerita ne??manusia hari ne sukar nak mngaku kesalahan dia..termasuklah ana..bagi kita kesalahan yang diketahui orang adalah sangat pahit..haaa..sebab tu kita payah nak mengaku kesalahan..kedua manusia yang bersifat macam ne sukar tuk kita bawak bncang dengan dia..apa2 masalah,last2 kita jugak yang salah..kena kawal emosi bila jumpa dengan diorang ne..selesai ceta ke-4…



(kenai pak long ne??sekadar gambar hiasan ja taw..:)


Pengalaman kelima:


Pengalamn ne adalah yang terakhir ana nk bawakan dalam post kali ini..pengalaman ne ana merasai ketika ana di maahad..Baik..di maahad ana memerhatikan ada 3 puak..puak2 yang ana maksudkn ini termasuklah dikalangan pelajar putra dan putri..apakah puak2 ini??::

1) puak yang syadid..apa maksud syadid di sini??maksudnya segelintir di kalangan pelajar2 maahad ada yang tegas sangt dalam hal2 yang membabitkn undang2 islam dan disiplin sekolah..nampak x??bagi ana puak ne adalah sangat baik..kerana mereka ne ikut apa yang diperintahkan oleh allah dan apa yang diperintahkan oleh pihak sekolah atas sayriaat dan maslahah pelajar..walaupon ada ja bdak2 maahad yang x puas hati dengan diorang ne..ada kata diorang ne pulun la..poyo laa…kerek laa…macam2..namun diorang sikit pon x endah..ha..mudah ceta diorang adalah golongan yang thiqoh..faham thiqoh 2 apa??maksdnya orang yang baik2 la ataupon orang yang boleh dipercayai..namun halangan golongan ne adalah sukar untuk mendekati pelajar2 yang nakal..itu sahaja masalahnya..dari segi perlaksanaan kerja,mereka ne memang hebat..



(logo badan dakwah maktab mahmud)





(pengawas2 maktab mahmud...)


2)yang kedua ialah puak ustaz dan ustazah yang kontemporari..hahaha..antum mesti tertnya kontemporari yang mcam mna ana mksdkn tu..ok..kalau kita tengok pelajar tu dia ne sntiasa memikirkan sal masalah2 di maahad..dari segi pemakaian dia pon nmpak soleh ja..sejuk mata tengok..tapi..mereka ne mcam sporting sikit..ataupon mungkin sporting banyak..maksud ana,banyak rukhsah iatu kelonggaran yang mereka buat untuk berdakwah..haha..antum faham lagi x??ana perincikan..kelonggaran yang diorang buat ialah dari segi muamalat..tuk berdakwah..xdk masalah bagi diorang bdak putra nak nasihat budak putri melalui surat ka ataupon mesej..tapi nk msej syaratnya kena ada isi2 dakwah..haha..ana x sbut ikhtilat kalau antum prasan ayat atas..ana tulis muamalat..kan??:)
Walaupon dakwah berjalan..tapi masih ada orang yang pertikaikan cara diorang ne berdakwah..haa…ana x nk kata apa..antum sendri pikiaq la..masing ada ilmu..kn??selalunya bdak2 yang x puas hati dengan badan dakwah dan pengaws mereka akan mengatakan ada ja dikalangan badan dakwah dan pengawas msej budak2 putri..elehh..buat alim konon..haa..2 yang ana takut bila method dakwah gna cra ne..tapi bila x buat camtu kata pulak badan dakwah dengan pengawas ne jumud pulak..last2 student2 ne yang menjauhkan diri..haha..ana dah terlalu mengecilkan skop ne..haha..apa2 pon sapa2 ada cdangan sal puak kedua ne ble la gtaw kat ana..:)

3)puak yang ketiga ne terpecah kepada 2 lagi golongan..mereka ne dah terkeluar dari puak pertama dan kedua..siapa dia dua golongan puak ketiga ne??

i)mereka adalah dikalangan pelajar2 kelas sains..bagi mereka pergi ke sekolah hanya untuk belajar..xperlu kepada aktiviti dakwah..dan x perlu memeningkan kepala berfikir masalah yang berlaku di maahad..x semua pelajar2 kelas sains ne tergolong dalam golongan ne..ada ja yang tergolong dalam golongan kedua dan ketiga….

ii)golongan kedua dalam puak ke tiga ialah mereka yang kebnyaknnya di kelas ekonomi dan akaun..ana x pnah menaggap ada kasta antara aliran2 pelajaran yang ada di maahad..baik..mereka ne kebnyakannya..ana ulang sekli lg..kebanyakan.bukan semua..datang sekolah sebab mak ayah suruh..bukan atas kehendak sendiri..persamaan meraka dengan golongan pertama tadi tidak menyusahkan diri serabutkan kepala memikirkan masalah2 yang berlaku di maahad..bagi diorang cukuplah jangan ganggu apa yang mereka nak buat..

bagi ana walaupon mungkin di kaca mata sesiapa yang baca 2 golongan dalam puak ketiga ne akan merasakan diorang ne x baik..xboleh cakap macamtu..sebenrnya dioranglah yyang banyak memberi jasa kepada sekolah..contoh sahabt2 di kelas sains merka selalu mengharumkan sekolah dengan keputusan akademik yang cemerlang..manakala sahabat2 yang berada di kelas ekonomi dan akaun bnyak menghrumkn sekolah dengan kputusan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum..baik kes yang berlaku di maahad ne juga berlaku di kalangan masyrakat luar..antum faham x??dari golongan pertama sampailah golongan yang terakhir ada di kalangan masyarakat kita..ana bawakn pengalaman ana di maahad ne supaya mudah tuk ana gambarkan kepada antum…


Alhamdulillah..selesai sudah isi-isi penting tajuk ana kali ini..bagi penutup tajuk ini..ana nak mohon maaf bagi mana2 individu yang terasa dalam penulisan ana kali ini..ana x dak niat nak membuka aib sesiapa pon dalam post kali ini…andai ada yang terasa ana mohon maaf..bagi ana andai ada yang terasa..muhasabahlah balik..sebab post kali ini memang tujuan ana untuk muhabah dri ana khususnya dan antum amnya…kenapa ana tulis tajuk ini??kalau antum perasan,setiap penglaman yang ana lalui ini semua menyentuh isu2 yang berkait rapat dengan sifat manusia..kenapa kita perlu tahu secara mendalam sifat2 manusia ne??bagi ana bila mana kita memahmi manusia..mudah tuk kita berdakwah dengan mereka…ana seringkali muhasabah balik di mana posisi ana dlam golongan2 manusia ne..sekali lagi sebelum ana mengakhiri coretan perkongsian yang x seberapa ne ana mohon maaf kepada sesiapa yang terasa dan x puas hati dengan ana..sapa2 yang terasa ataupon xpuas hati cara penyampaian penulisan ana ne bloh tngglah kritikan dan komen yang membina di ruangan komen yang ana sediakan..yang baik itu dari allah..yang buruk itu dtg dari diri ana sendri…hakikatnya kedua-dua itu..MILIK ALLAH..allah warasuluhu..a’lam..assalamualaikum…



(biarpon bnyak ragam manusia..tapi ana menghrapkan variasinya sifat kita adalah suatu perkara yang memberi faedah...insya allah..)

0 comments: