BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

:::..pembuka bicaraku...:::


I made this widget at MyFlashFetish.com.

:::...peminat-peminatku...:::

Sunday, June 27, 2010

:::..perkongsian ringkas bersama pimpinan PAS kelantan...:::


Bismillahirrahmanirrahim……alhamdulillah…ana baru saja selesai membuat senarai nama mahasiswa yang xdpat hadir ke Annual grand meeting ( AGM ) yang akan diadakan 9 julai ini xlama lagi..apa-apa pon dijemput kepada semua mahasiswa Jordan,mu’tah ke program ini..Baik…jadi memandangkan ana agak sibuk bulan ne,post kali ini agak simple sahaja..iaitu ana akan berkongsi pengalaman ana dan sahabat2 ana di sini bertemu dengan pimpinan pas kelantan iatu speaker dewan undangan negeri kelantan ustaz nassrudin bin daud dan juga YB DUN Pasir Tumboh,ustaz Baihaqi atiqullah…alhamdulillah..perjmpaan yang singkat ini bersama mahasiswa-mahsiswa Mu’tah pada tarikh 27 jun jam 9.00 malam itu ckup2 bermakna buat kami..terima kasih yang x terhingga kepada YB berdua atas kesudian meluangkan masa bersama-sama kami…

Program ini dipengerusikan oleh pengerusi Mu’tah yang x asing lagi ustaz awis al-qarni..kemudian majlis diperdengarkn bacaan ayat2 suci al-quraan oleh anak ustaz nassruddin sendri..anak beliau juga merupakan peserta dalam rancangan “mari bertaranum” yang disiarkan di tv 9..ana pon lupa dh nama dia apa..x silap ana najib kot..ermm..untuk pengetahuan antum anak ustaz nassruddin ada seorang lagi yang belajar bersama2 ana di mu’tah ne..nama dia syakir…baik..selesainya bacaan ayat2 suci al-quraan,majlis diteruskan dengan ucapan Ustaz Hazmi..selaku timbalan yang di pertua anak2 negeri kelantan,Jordan ( KMKJ )…kemudian diikuti dengan ucapan ustaz baihaqi atiqullah…




(DUA TOKOH YANG DIKAGUMI DAN DIHORMATI KAWAN DAN LAWAN)

Allah…dalam ucapan ustaz baihaqi cukup mendalam..beliau memperingati agar kami tidak lari dari asas-asas perjuangan islam yang suci…beliau juga merupakan bekas mahasiswa Jordan di univeriti of amman..kemudian beliau melanjutkan pelajaran diploma pendidikan di universiti Malaya…Lantas beliau menceritakan pengalaman-pengalaman yang beliau lalui semasa menuntut di Jordan..allah..bila mana ana dengar cerita beliau satu persatu makin semangat untuk ana belajar..ana ne bila dengar atau tengok cerita yang best-best mulut ana mesti ternganga..huhu..jadi cerita ustaz membuatkan mulut ana ternganga..haha..Beliau juga menasihati kami janganlah mensia-siakan masa muda ne..beliau menceritakan seorang sahabatnya semasa di Jordan kerja dia main….saja…haa..satu hari bila mana dia balik Malaysia,orang2 kampung suruh dia mengajar dekat surau..orang kampung mana la nak tau kita ne pergi universiti belajar ka main2..di fikiran mereka sapa2 yang balik dari timur tengah mesti alim..walhal bukan semua…jadi sahabt ustaz tu x bole nk mengajar apa-apa..ada 2 sebab..satunya masa dekat Jordan dia main2..x belajar..yang kedua..dia x dak keyakinan tuk bercakap dan berdakwah di khalayak ramai..jadi bila balik Jordan dia pulun belajar dan melatih diri bercakap dan berdakwah melalui persatuan…baik di sini ana ambil I’brah buat diri ana dan antum..sebelum kita berdakwah di khlayak ramai..penuhilah ilmu secukupnya..supaya kita x salah memberi maklumat kepada orang..tapi..jangan jadikan alasan x berdakwah disebabkn ilmu x cukup..memang la..sampai kita mati ilmu kita x kan cukup..maksud penuhilah ilmu yang ana kata tadi tu cukuplah apa yang kita belajar kita boleh kuasai dan boleh ajar orang lain..yang kedua..berlatihlah berkhutbah..bukan baca khutbah..haa..beza tu..berkhutbah dia x baca teks..nampak x??jadi nak boleh berkhutbah ne bukan dalam masa yang singkat..kena praktis selalu..haa..bukan masa dah grad bru nk berkhutbah..payah la camtu..




(USTAZ BAIHAQI BERUCAP..HEBAT BETUL USTAZ NE..)

Selesainya ucapan ustaz Baihaqi..tibalah pula ucapan dari ustaz nassruddin..seorang pemidato yang hebat..tenang dalam mengutarakan hujjah-hujjah yang bernas..tegas dalam menegakkan syariaat..allah..hebatnya ustaz nassruddin..bila mana ana melihat ustaz..ana rasa tenang tengok muka beliau..Baik..beliau tidaklah bercakap panjang sangat..cumanya beliau banyak menjawab soalan-soalan dari mahasiswa..antara soalan2 yang menarik perhatian ana ialah mengenai isu 40 orang ulama’ menyertai UMNO..allah..boleh x kalau di sini ana katakan ini adalah bala yang allah berikan kepada kita..bila mana ulama’ x boleh nak beza yang mana yang baik dan yang mana tidak…apakah mereka x boleh nak fikir parti yang mana satu yang mempunyai dasar islam yang sebenar??Allah..apa alasan mereka menyertai UMNO??katanya nak membersihkan UMNO dari dalam..allah…apakah mereka lupa pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO kepada anwar ibrahim??kepada ulama’2??baik..andai ada kesempatan ana akan memberi pendapat isu-isu politik yang berlaku di Malaysia baik isu-isu yang lama ataupun yang baru..jadi ustaz nassruddin menjawab persoalan sahabat ana mengenai “ulama’ 40” itu..beliau berkata..PAS x takut pun,malahan x kisah kerana jumlah itu sngatlah sikit..beliau menceritakan lagi pilihan raya pada tahun 2004 PAS menang hanya lebih satu kerusi sahaja…tapi seorang pon x berjaya dibeli oleh UMNO untuk mngkhianti perjuangan PAS yang selari dengan syariaat..allah…nampak x perbezaan yang berlaku dengan ahli-ahli PAS dan UMNO..??pendirian pejuang2 PAS tetap..tidak goyah..YB2 PAS pada masa itu yang ditawarkan duit untuk keluar PAS bukanlah seorang ulama’ ataupon yang berkelulusan dalam bidang agama..mereka adalah ahli akademik..tapi hati mereka kukuh untuk berjuang bersama2 PAS..apakah ulama-ulama’ yang menyertai UMNO baik dulu mahupun sekarang x berasa malu ka dengan perbuatan mereka..??allah… apa nak jadi dengan ulama’-ulama’ sekarang…



(USTAZ NASSRUDDIN BERSAMA ANAKNYA)

Kemudiannya ditanya soalan mengenai benarkah wujudnya dikalangan pemimpin2 PAS ada yang bermazhab SYIAH..??beliau menjawab..sebenarnya itu isu yang lama..sekarang ne tak timbul dah isu-isu syiah ne..sambungnya lagi..memang ada di kalangan pemimpin PAS ada yang bermazhab syiah..namun mereka telah dipanggil dan bertaubat..mana kala segelintir yang masih berpegang dengan mazhab syiah telah digugurkan keahliannya dengan PAS…kemudian sahabat ana ABDULLAH ANUAR bertanya mengenai IBRAHIM ALI…yang asalnya PAS dan dia telah keluar PAS…kenapa hal ini boleh berlaku sedangkan kita sedia maklum bahawa ibrahim ne suka lompat2 parti..??untuk makluman, ibrahim ali telah di senaraihitamkan.. dia ne x bole masuk UMNO dan x boleh bertanding atas tiket UMNO sampai dia mati..kalau nk bertanding jugak dan masuk UMNO..lepas dia mati laa..hahaha..Ustaz nassruddin menjawab PAS berfikir panjang soal ini..dan PAS memang menjangkakan yang ibrahim akan lompat parti..kalau antum perasan xdak apa pon kesan buruk yang PAS terima..



(SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI)





(HAHA..ITU DIA USTAZ ACAP KITA YANG BERJUBAH PUTIH..ORANG KUAT KITA..)




(BERGAMBAR BERSAMA USTAZ BAIHAQI ATIQULLAH)

Sebenarnya ada banyak lagi soalan…tapi ana ringkaskan sahaja..ana simapan soalan2 ini untuk post akan datang..post kali ini ana cuma memberi laporan ringkas pertemuan singkat besama pimpinan-pimpinan PAS kerajaan negeri kelantan..selesainya soalan..majlis pun ditutup jam 11 malam..kemudian,sesi bergambar pun berlangsung..alhamdulillah ana berkesempatan bergambar dengan kedua-dua YB tersebut..Jadi..dalam kepala ana memikirkan satu tajuk yang mungkin sensitif tuk dibincangkan dan tuk ana utarakan dalam penulisan ana..apa yang mungkin ana tulis nanti kalau diizinkan adalah hasil perbualan ana bersama orang lain..haa..dan apa pulak pendapat ana..ermm..mungkin ana akan cuba pertimbangkan dulu sama ada nak tulis ke x…jadi…ana dapat simpulakan di sini keadaan ummat islam makin lama makin teruk..termasuklah ana..jadi..sama2 lah kita bermuhasabah..berubah..bertaubat..dan bertindak melakukan perubahan secepat mungkin..kita ne xdak masa dah…ana mohon maaf andai apa yang ana tulis ini telah mengguris perasaan antum tanpa ana sedari..ana mohon maaf sekali lagi kiranya ana tersalah memberi maklumat dan pandangan..ana juga mohon maaf andai di kalangan antum terdetik di hati mengatakan ana ne tulis tapi x buat...ana ne hanya sekadar insan yang lemah yang x mempunyai apa2 pon selain dari ALLAH dan rasulNya..sekian,yang baik dari allah..yang buruk itu dari ana sendiri..hakikatnya kedua-dua itu datang dari ALLAH..allah wa rasuluhu a’lam…



(FIKIRLAH SEBAIKNYA..SIAPA YANG PALING LAYAK MEMIMPIN KITA..)

1 comments:

Anonymous said...

Mengenai ahli PAS keluar PAS, dah ada BIAH cerai isteri secara otomatik kalau keluar PAS, sudah tentu mereka x berani dan fikir banyak kli. Dah terbongkar semua tu. semua orng dah tahu dah.