BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

:::..pembuka bicaraku...:::


I made this widget at MyFlashFetish.com.

:::...peminat-peminatku...:::

Friday, July 16, 2010

:::..kehendak yang x pernah sudah-sudah...:::

Apa yang kita hajatkan??
Perlukah semua yang kita hajatkan ne mesti kita miliki??
Sampai bila hajat kita ne akan tertunai??
Kenapa kita berhajat sangat perkara yang x sepatutnya kita hajatkan??
Bagaimana untuk kita merealisasikan apa yang kita hajatkan tu??
Siapa yang akan memenuhi semua hajat kita ini??
Apakah setiap kehendak kita itu sia-sia??
Bagaimana hendak membezakan kehendak dan keperluan??
Sampai bila kehendak kita ini x kan berhenti-henti??

Secara peribadinya semua persoalan itu sering bermain di fikiran ana semenjak ana lahir lagi..dan ana percaya dan amat yakin walaupun x semua tapi mesti ada sebahagian ataupun satu dua persoalan yang ana timbulkan dia atas yang pernah bermain di minda fikiran sahabat-sahabat sekalian..kan??

Siapa yang nak menjawab semua persoalan itu??kitalah yang akan cuba menjawab semua persoalan itu..kata mohd sayuti omar pakar penganalisis politik..”kita yang memahami siapa diri kita..”haaa…ana nak start bercerita ne berdasarkan pengalaman yang ana lalui..huhuhu..buat sahabatku midi dan abu qohafah..”aku nak start cerita dah ne..hang baca elok2..aku x tipu..hahaha..” buat pengetahuan antum “hang” dalam loghat kedah ne bermaksud engkau…huhu..informasi x langsung..

Ok2..ana nak start bercerita dah..ana ne dulu pakai telefon bimbit yang murah ja..kaler pon dua warna ja..hitam dengan kuning..ana guna handset tu sampailah ana belajar di Jordan ne..takdir allah taala handset ana tu rosak dan kena curi…huhu..jadi sebenarnya sebelum handset rosak tu pun,ana dah pasang cita2 nak beli handset baru kat sini..jadi ana pun simpan duit setiap hari nus dinar..klau ikut matawang Malaysia sama dengan RM 2.50..1 dinar Jordan sama dengan RM 5.00..haa..pendekkan cerita ana gtaw kat mak ayah ana dlu laa..nak mintak izin..yala..mungkin orang akan kata apa laa..dah besar pon nak wat camtu..bagi ana,kita sebagai anak ne..kena berkongsi apa pun dengan mak ayah kita..ok2..sambung cerita..huhu..sebenarnya ayah gan mak ana x bagi pun beli handset baru..asalnya mak ana nak pos ja handset mak ana tu..hahaha..tapi ana ne merajuk kuat..last2 mak ayah ana bagi..haha..ana beli nset biasa ja nokia jnis xpress music model X3..kiranya ana jual cincin kesayangan ana r kat arab..batu arked merah..huhu..sedeyh2..tapi cincin ada banyak lagi..hihihi..

Selesai ceta ana tu,ana nak gtau kenapa mak gan ayah ana x bagi beli..dan apa yang mak ayah ana cakap,ana dapat rasa kesan tu sekarang ne..haha..allah bagi cash..ayah ana ceta orang yang mengaji agama ne terutamanya laa, jangan mudah sangat terpengaruh dengan dunia..hari ne ayah ana kata ulama’ dah makin hilang izzah sebagai seorang ulama’..pergi mana pun naik kereta mahal..rumah besar..sebenarnya x perlu pun sebagai seorang ulama nak ada semua tu..ayah ana kata..nanti bila dah kerja akan timbul pulak dalam hati..”aeh..kawan aku ne pakai mercedez aku pakai waja je..”..haaa..last2 kita ikut nafsu kita..dan apa yang berlaku hari ne yang jadi kat ana,ana tengok kawan ana pakai handset canggih lagi..mahal lagi..ana pun nak jugak..ana dah rasa kesannya bila kita ne dah jatuh hati dengan dunia..salahkah kita nak menikmati apa yang ada??tu satu lagi persoalan yang mungkin akan antum tertanya2 bila baca post kali ne…



(kesimpulannya..ana memang x reti nak bersyukur..hina sungguh ana ne..terpedaya dengan dunia..saidina ali pernah berkata.." MANA MUNGKIN DUNIA MAMPU MENIPUKU.."ya allah..jadikanlah kami sezuhud rasulullah..sahabat2 dan para awliya')

ana membawa satu cerita salafusolleh..sebenarnya 2 orang waliyullah hassan al basri dan ibnu sirin tidaklah mempunyai hubungan yang sangat baik..satu hari hassan al basri bermimpi beliau dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya memegang tongkat sahaja..jadi beliau nak tahu sangat apa sebenarnya tafsiran mimpinya itu..jadi pada zaman itu ibnu sirin adalah pakar tafsir mimpi..hassan al basri malu untuk bertanyakan kepada ibnu sirin akan mimpinya itu..jadi beliau menyuruh anak muridnya pergi bertanyakan kepada ibnu sirin tanpa memberitahu beliaulah yang bermimpi sebegitu..dipendekkan cerita,sampailah anak muridnya itu di rumah ibnu sirin..jadi anak murid itu terus bertanya.."wahai tuan yang bijaksana..sahabat saya ada bermimipi, dia dalam keadaan telanjang di tengah padang pasir dan hanya di tangannya sebatang tongkat..boleh tuan tolong tafsirkan??"ibnu sirin tersenyum lebar..panggilkan hassan al basri berjumpaku sekarang..kerana itu mimpinya.." anak murid itu tercengang..kalau ana pun..fuh..memang pelik r cam na ibnu sirin boleh tahu itu mimpi siapa..jadi,anak murid tu pun balik la..segera dia maklumkan kepada gurunya..hassan al basri bingung bagaimana ibnu sirin boleh tahu itu adalah mimpinya??jadi bergegaslah hassan al basri ke rumah ibnu sirin..sampai2 saja hassan al basri terus bertanya.."bagaimana kamu boleh mengetahui itu adalah mimpiku??dan apa tafsiran mimpiku??" ibnu sirin tersenyum lagi..beliau menjawab.."maksud mimpimu yang kamu berkeadaan telanjang dan hanya memegang tongkat ialah..kamu telah meninggalkan dunia..dan hanya allah tempat kamu bergantung..siapa lagi yang layak untuk bermimimpi sedemikian kalau bukan kamu wahai sahabatku HASSAN AL BASRI.." semenjak dari kejadian itu hubungan mereka semakin akrab..yang pastinya sebelum apa2 jangan suk zon..salah sangaka kenapa waliyullah ada cam gaduh sikit2..bahaya2..
memanglah kalau baca cerita tu kita x mampu nak jadi sezuhud dan sehebat para waliyullah ne..sebenarnya tafsiran makna zuhud ne pun pelbagai..cukuplah kita bersederhana..nabi bersabda mafhumnya.."sebaik-baik perkara adalah bersederhana.."





(kehendak dan nafsu manusia x pernah penat tuk melalaikan manusia..sekadar gambar hiasan..)


Untuk menjawab persoalan yang ana tinggalkan di atas..salahkah kita nak menimati apa yang ada??Tak salah..Cuma sekadar nak mengajar kita dari asyik mengikut nafsu kita..kehendak kita x kan habis-habis..boleh..kalau nak tunaikan kehendak kita..Cuma kena berpada-pada dan ada indicator kita supaya kita ne x jatuh hati dengan dunia…terus terang ana nak beritahu,ana memang menyesal ada handset baru ne..kita diajar untuk “ MEMBENCI DUNIA DAN MENYINTAI KEMATIAN..”jangan salah faham pulak istilah benci dunia tu..siapa contoh yang paling dekat tuk kita ambil sebagai teladan kita dalam tajuk post kali ini??siapa lagi kalau bukan TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..ulama’ tersohor di serata dunia..ini bukan isu politik..ini adalah hakikat..ada kelapangan ziarahlah rumah tok guru nik aziz..makan dalam pinggan kuning yang orang guna wat kenduri kampung..petang2 makan biskut cicah biskut kering ja..allah…ana pun x taw nk ungkapkan macam mana..ana mengharapkan kehidupan ana macam tu..itulah juga apa yang ayah ana harapkan dekat ana dan adik2 yang lain..kehidupan yang bersederhana..insya allah kita akan sentiasa terpelihara dari gelora nafsu yang membara..akhir dari ana..” kita tidak boleh mengawal apa saja perasaan dan kehendak yang seringkali menjadi lintasan hati kita..tapi..kita boleh mengawal tindakan kita..”faham x??ke x faham jugak??hahah..apa2 pun…maafkan ana atas kekurangan dalam penulisan ana ne..terima kaseh atas kesudian antum membaca..maafkan sekali lagi kalau penulisan-penulisan ana ne mengecewakan antum..ana ne hanyalah insan yang lemah..maafkan ana buat yang kali terakhir kalau ada sesiapa yang tersinggung….assalamualaikum..




(allah..masing-masing fikir sendiri la..ne rumah ulama' besar dan juga menteri besar..tapi rumah x besar-besar pun..allah..rasalah malu sikit..kita ne sapa..allah..)




(tengok la..makan macam mana..duduk bersila..makan dengan tangan..ana tengok rasa cam nak nangeh ja..ana makan pun hebat lagi..tapi ana ne hina lagi dari tuan guru..allah..apa la ana ne..boleh dak ana jadi macam ne??)




(bolehkah pemimpin-pemimpin lain x kira la pembangkag atau kerajaan beperwatakan camne?????allah...........hebatnya tuk guru nik aziz..moga istiqomah dalam perjuangan..sihat dalam beribadah..kami sayangkan tuk guru...)

:::...untuk apa kita belajar??...:::


Bismillahirrahmanirrahim..dengan berkat doa lailahaillallah,maka bermulalah apa yang akan ana tulis berdasarkan apa yang tersirat di hati ana…sebelum tu maafkan ana sebab dah lama x menulis..agak kesibukan sedikit..sebabnya ana baru saja selesai program AGM..alhamdulillah..naqib ana ustaz hussin jadi pressiden baru..huhu..selamat bertugas..:)

Post kali ne x dapat lagi ana menulis tajuk yang ana beritahu hari tu mengenai perlukah kita takut..ana sedang mengumpul maklumat lagi..jadi post kali ne ana akan menulis agak simple..tentang untuk apa kita belajar???sebenarnya tajuk ne cukup popular di kalangan mahasiswa Jordan kerana system pembelajaran di sini berorentasikan peperiksaan..tambah-tambah macam musim panas ne..2 minggu sekali da exam..huhu..dahla panas..sukatan ada banyak…allah..memang mencabar syeikh…




(ne bukan study..stuDOQ..HAHAHA)

Ada sahabat ana penah tanya ana..” nta ne iqbal baca buku untuk exam ka sebab ilmu?? “ haha..ana sebenarnya dua-dua tu lah tujuan ana..satu sebab ana memang dahagakan ilmu agama…keduanya ana memerlukan kelayakan yang secukupnya tuk ana diterima masyarakat..perlukah kelayakan dalam menuntut ilmu??adakah peperiksaan ne adalah indicator yang terbaik untuk mengetahui sejauh mana kita memahami sesuatu ilmu yang kita belajar di kelas??semua tu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ana..

Ada orang kata dekat ana..” tengok geng-geng pondok tu..mana ada sijil apa pon..ilmu kemas jaa…x dak kelayakan mana2 universiti pon “ banyak kali ana dengar ungkapan sebegini..allah…kita kena melihat reality dunia hari ini..sejauh mana masyarakat menerima orang2 yang mengaji ilmu agama ne..bagi pendapat ana,kita perlu belajar bersungguh-sungguh sebab :

1) yalah..apa-apa pun pekerjaan yang kita buat mestilah kerana allah..x bole lari niat syeikh..

2)belajar sebab ilmu..ilmu agama ne penting…tuk berjaya di dunia selamat di akhirat..

3)belajar tuk mendapat keputusan yang cemerlang..dalam sijil tu kalau boleh janganlah ada yang fail…bagi ana..masyarakat hari ne memandang siapa yang bercakap,??siapa yang berceramah..??dia tu keluaran dari universiti mana??haaa..jadi kalau kita tidak mempunyai kelayakan yang secukupnya payah tuk kita berdakwah..bagi ana natijah yang baik dalam peperiksaan adalah satu tuntutan..yalah..kurang-kurang bagi mak ayah kita seronok sikit..




(kuliah syariaah jamiaah mu'tah..tempat ana menuntut ilmu sekarang ne..doakan kejayaan ana dan sahabat2 lain..)


Jadi kesimpulan ana..semua sebab2 yang ana nyatakan dari no 1 sampailah no 3 tadi..semuanya berkait rapat..kalau satu x dak x sempurna tujuan kita menuntut ilmu..kita kena menyeimbangkan tuntutan untuk diri sendiri sebagai hamba allah iaitu ikhlaskan semua pekerjaan dengan niat..kedua,tuntutan keluarga iatu melihat kita berjaya dalam pendidikan dan tuntutan kepada masyarakat,iaitu dengan mempunyai kelayakan tuk meyakinkan mereka dengan ilmu yang kita sampaikan..apa gunanya kalau ada ilmu tapi masyarakat x nak percayakan kita???jadi..sebenarnya apa pun yang kita lakukan kenalah seimbang dan bersederhana..

Akhir kalam dari ana..belajarlah bersungguh-sungguh supaya dengan ilmu yang kita ada ne dapat kita berbakti untuk islam..bagi ada jasa yang kita nak sumbangkan untuk islam..mohon maaf andai ada yang terasa..ana ne sebenarnya bukan ada apa pun..ilmu pun x cukup..tapi apa yang ana perhati..mendengar dan berfikir ana akan tulislah kat blog ne…terima kaseh atas kesudian membaca post yang x seberapa ne..sentiasalah bermuhasabah dan sentiasa tajdid niat kita..takut-takut nanti niat lari..allah x terima amalan kita..yang paling teruk allah x redho kita..kan sia-sia ja amalan kita tu??baik sekelian dulu dari ana..assalamualaikum..:)



(apa-apa pon..tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin...ana sayang maahad..hahaha..)

Thursday, July 1, 2010

:::..terima kaseh semua..maafkan ana...:::


Bismillahirrahmanirrahim…dengan berkat doa lailahaillallah ana menulis post kali ini…alhamdulillah..kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas menghirup udara yang allah kurniakan kepada kita…post kali ini ana akan tulis agak pendek…alhamdulillah sudah 11 jenis tajuk yang pelbagai ana telah tulis…semua ne tidak akan mampu ana lakukan tanpa pertolongan dari Allah taala..ana baru sahaja membaca blog-blog barangan mistik..huhu..sebenarnya ana ne memang minat barangan-barangan mistik..insya allah ada kesempatan ana akan menulis mengenai barangan-barangan mistik terutamanya cincin “batu hidup”..tapi post kali ini ana sekadar nak meluahkan perasaan ana..huhu..

Dari pada tidak ada kepada ada…daripada ada kepada tidak ada..itulah sifat makhluk..samalah juga dengan blog ana ne..daripada dulu tidak ada,sekarang ne dah ada..berkemungkinan selepas ne tidak ada pulak..apa-apa pon syukur yang x terkata ana panjatkan ke hadrat allah taala atas pertolonganNya..ana mula membuat account blog ne lama dh..Cuma x diisi dengan apa2 bahan lagi..dulu ana daftar dengan nama putramasyhur.blogspot.com…nama tu sahabat ana yg cadangkan..abu qohafah..lepas ana abeh exam tuk sem dua,ana jadi cam x tahu nak buat apa cuti ne..jadi ana belajar slow2..huhu..merangkak jugak ana belajar nak buat blog ne..antara tenaga pengajar ana Abdullah anuar..dia pon ada blog dah..dia banyak membantu ana dari segi nak edit2 blog ne..ajar nak wat wallpaper,tambah gadget yang baru..huhuhu..tima kaseh lah tolong ajaq aku…dalam proses pembuatan blog ne ntah tiba-tiba tertukar nama pulak..jadilah putrasunan.blogspot.com..huhu..ana pon x taw bila tertukar..tapi ada lagi blog putra masyhur tu Cuma x dak apa la kandungannya….







(antara batu yang ana idam dan insya allah bakal ana miliki x lama lagi..batu ARKIK GARUT PANCAWARNA TITIK TEMBAGA..ada masa ana menulis mengenai khazanah2 alam ini..semua ini datang dari allah..ingat tu..)


tajuk post yang pertama “teruja dh ada blog??!!” sampailah post yang sekarang ne..kritikan demi kritikan ana dapat..bagi ana semua kritikan itu cukup membina..kritikan tu komen la kan??ana mula mendapat komen untuk tajuk post yang pertama..ana x kenal siapa dia..dia memberi tunjuk ajar kat ana mengenai penulisan blog nee..dia kata kurangkan titik yang banyak..kurangkan singkatan..alhamdulillah ana cuba perbaiki penulisan ana ne perlahan-lahan…dia ne jugak memberi pandangan mengenai post ana “pertemuan bersama pimpinan pas”..haha…ana x pasti dia ne sebelah pihak yang mana..tap walaubagaimanapon xdak masalah tuk ana bersahabat dengan dia ne..apa2 pon terima kaseh sahabat atas tnjuk ajar..yang kedua penasihat ana..HARITH HAMIDI..hahah..dia ne cakap pandai..sembang melangit..x pernah nak jatuh..banyak kenangan ana dengan dia..dia mensihati ana supaya istiqomah dalam penulisan ne..dia nasihat sama yang cam tadi jugak..kurangkan singkatan..tapi jujurnya dialah yang paling banyak support ana..buat midi sahabatku..”wei midi..aku bubuh nama ang dalam blog aku…hahahaha…”nsya allah kalau ada kesempatan jugak ana akan cerita siapa sahabat2 seperjuangan ana semenjak di maahad lagi..banyaknya yang cadang2 nak tulis ne..huhuhu..

ucapan terima kaseh ne juga ana tujukan kepada semua yang mengikuti blog ana dan sudi menjadi follower ana..org pertama yang jadi follower ana abg naimul firdaus..haha..nelah satu-satunya abang2 maahad yang paling ana suka melawak tanpa sempadan..hahaha..lawak pulak bila teringak ke’blur’an abg naimul tu…serupa sahabat ana sorang lagi al amin..xlupa juga kepada ammar dan sahabat baru ana nik faiz kerana publishkan blog ana ne dalam blog mereka..dan x lupa juga kepada semua sahabat2 yang ana x sebut dalam penulisan ana ini..terima kaseh kerana menyokong ana dalam merealisasikan cita-cita ana ini…ana ne selalu sangat bercakap..tapi kurang menulis..sampailah ada seorang adik junior maahad ne,dia tulis suma ucapan ana..tazkirah ana..kemudiannya dia tulis dalam blog dia..tapi sebelum tu dia mintak izin kat ana nak guna point ana tuk dia tulis dalam blog dia..dan cara penulisan dia tu sebijik cam cara ana cakap..ana kata..x kisahlah..xyah mintak kebenaran ana pon xpa..ilmu bukan tuk disembunyikan..dia ada bertanya kat ana bila nak menulis blog nee..ana pon x tahu nak jawab camna..sebabnya ana ne x pandai bab2 IT ne..alhamdulillah berkat pertolongan Allah dan sahabat2 lain..ana mengorak langkah sedikit demi sedikit…



(senantiasalah menghargai manusia.....)


Ana juga ingin memohon maaf andai penulisan-penulisan ana yang x seberapa ini ada membuatkan antum terasa dengan ana atau terkilan dengan ayat2 ana..sebab itu kalau antum perasan setiap kali sebelum ana mengakhiri penulisan bagi sesuatu tajuk ana akan meminta maaf..sebabnya,hati manusia ne x sama..kadang2 bagi ana ne xdak apa pon..tapi orang lain ada apa2..haa…ana ckup takut bila ada salah gan manusia..sebab..lagi x setel gan manusia,nak setel dosa2 dengan allah pon payah..ana juga ingin mohon ampun dari hujung rambut sampailah hujung jari kaki atas kekurangan maklumat yang ana sampaikan dan kalau ada salah maklumat ataupon antum x faham apa yang ana tulis…ana ne masih lagi menuntut ilmu..jadi ilmu di dada x pernah penuh2..doakanlah ana suapaya faqih dalam bidang agama…



(ke mana tempat yang sebenar untuk meletakkan keberanian ini..perlukah kita takut??nsya allah antara perbincangan untuk ana kongsikan untuk post akan datang..nsya allah kalau panjang umur..)

Akhir kalam..untuk nuhasabah kita bersama..ada dua ayat yang manusia selalu terlepas pandang untuk diucapkan..apa??tahu x??pertamanya..”terima kasih..” keduanya..”mintak maaf”..betol x??bagi ana walaupun dua ayat ini cukup simple..tapi inilah cara kita mengahargai manusia..mungkin di mulut orang akan kata kami tolong orang ne x mengharapkan apa2..tapi..bagi ana dengan berterima kaseh dan meminta maaf atas kesalahan kita ataupun bukan kesalahan kita akan menzahirkan penghargaan kita kepada orang lain…ana mohon doa dari sahabat2 semua doakan ana istiqomah dalam perjuangan menulis blog ini sebagai medium ana tuk berdakwah…dan ana mengharapkan sokongan dari antum semua…..akhir sekali..haha..berapa kali akhir dah ne??baik2..akhir sekali….MAAFKAN ANA…TERIMA KASIH SEMUA….nantikan penulisan ana akan datang..”perlukah aku takut??adakah cara ini aku menyerahkan diri kepada musuh??” insya allah..ana cuba kumpul maklumat dan isi secukupnya…sekian..allah warasuluhu a’alam...~~